KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Rang undang-undang itu antara lain bertujuan mengawal selia kekebalan diberikan kepada sesebuah negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU itu hari ini berkata pentaksiran yang tepat berhubung rang undang-undang itu perlu dijelaskan kepada semua pihak bagi mengelakkan salah tafsir.
"Antara salah tafsir yang sering dibangkitkan ialah kononnya akan ada individu politik menggunakan akta ini kelak untuk melepaskan negara dan ketua negara daripada bertanggungjawab atas sebarang dakwaan yang berkaitan," katanya.
Belia berkata kuasa Perdana Menteri pada Fasal 30, 32 dan 33 dalam rang undang-undang itu adalah terhad untuk menarik balik, mengecualikan dan membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan kekebalan yang diberikan kepada negara asing sahaja, tanpa menyentuh apa-apa kekebalan berhubung dengan ketua kerajaan atau ketua negara.
Oleh itu, katanya tiada sebab untuk khuatir seseorang yang menjadi Perdana Menteri akan menyalah guna kuasa berhubung perkara itu.
"Paling penting dalam akta ini, apa-apa keputusan dalam Fasal 32 yang dibuat oleh Perdana Menteri mestilah melalui perintah dalam warta dan disiarkan. Tidak boleh dibuat keputusan seorang dan sembunyi-sembunyi.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa rang undang-undang ini bukan Perdana Menteri atau Majlis memberikan kekebalan kepada negara asing," katanya.
Azalina turut menjelaskan menurut Fasal 2 rang undang-undang itu juga menyatakan kuasa kepada Perdana Menteri tidak terpakai bagi prosiding jenayah melibatkan ketua negara atau ketua kerajaan yang melakukan jenayah.
"Kalau ketua negara atau ketua kerajaan melakukan jenayah, memanglah dia akan dikenakan tindakan jenayah. Takkan Perdana Menteri, Majlis (Majlis Kekebalan Negara Asing) atau menteri Kabinet boleh melepaskan orang yang melakukan jenayah," katanya.
Menurut Azalina, rang undang-undang yang mempunyai 33 Fasal itu juga telah rujuk dan memperoleh persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu pada 24 Okt 2023 selaras dengan Fasal (5) Perkara 159 yang dibaca bersama dengan Fasal (4) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 15 senator mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Azalina berkata pentaksiran yang tepat berhubung rang undang-undang itu perlu dijelaskan kepada semua pihak bagi mengelakkan salah tafsir. - Gambar Bernama
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Pantau Belanjawan: Memahami rasionalisasi subsidi dan kesan pada ekonomi
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
Pantau Agenda Reformasi: Hubungan Malaysia-China pada tahap tertinggi
Hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 5 dekad lalu menyaksikan kemajuan luar biasa terutama dalam hubungan diplomatik, perdagangan dan industri malah yang lebih penting hubungan rakyat dengan rakyat.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Tiga orang termasuk seorang anggota polis maut ditembak
Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di minneapolis, amerika syarikat pada khamis.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belum bincang dengan PM mengenai pengganti Mutang - Abang Jo
Abang Johari berkata perbincangan mengenai jawatan Yang Dipertua Dewan Negara belum dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.